Articles

Pengenalan

Jabatan Pengajian Am merupakan jabatan sokongan kepada jabatan-jabatan induk iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Perdagangan dan Jabatan Perlancongan dan Hospitaliti.  Jabatan ini dibahagikan kepada tiga unit iaitu Unit Bahasa, Unit Pendidikan Islam dan Tamadun Islam dan Unit Pendidikan Moral.

Unit Bahasa Inggeris melengkapkan pelajar dengan kursus Communicative English sebagai persediaan pelajar untuk menempuh alam pekerjaan setelah menamatkan pengajian.

Unit Pendidikan Islam, Tamadun Islam dan Pendidikan Moral  pula memberi penekanan terhadap pembinaan sahsiah diri para pelajar sama ada ketika berada di politeknik  atau diluar politeknik . Unit ini juga memupuk nilai-nilai murni dikalangan  pelajar untuk  diamalkan semasa berada di alam pekerjaan.