Dimaklumkan bahawa Yayasan Kepimpinan Perdana dengan kerjasama Yayasan Maybank akan menganjurkan Pertandingan Mengarang Esei 2012 yang akan bermula pada 20 Jun 2012 sehingga 31 Oktober 2012 dengan tajuk " Membentuk Negara : Hak dan Tanggungjawab Kita Sebagai Rakyat Malaysia".Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk memupuk minat di kalangan pelajar terhadap sejarah kepimpinan dan menggalakkan penyelidikan tentang sejarah pembangunan negara di samping untuk mengasah bakat penulisan yang kritis. Pelajar Politeknik Kota Kinabalu dijemput untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi urusetia : 03-8885 8960 (Imanizah) / 03-8885 8965 (Maizatul) / 03- 8885 8953 (Izyan) dan e-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau layari laman sesawang http://perdanaessaycompetition.com.my/.