Pengenalan Unit

Kolej Kediaman PKK mempunyai 15 blok kolej kediaman yang boleh menempatkan seramai 1176 orang siswa dan 1344 orang siswi. Mendiami kolej Kediaman bukan merupakan hak atau keistimewaan kepada mana-mana pelajar. Pihak Pengurusan Politeknik berhak menawar, tidak menawar ataupun menarik balik tawaran kemudahan ini kepada mana-mana pelajar atas kepentingan politeknik (Akta 174: Jadual Kedua Kaedah-kaedah Institusi Pelajaran 1976 Bahagian III Kaedah 33). Pertimbangan mendiami kolej kediaman akan sentiasa diberi kepada pelajar yang menghargai kemudahan dan bekerjasama dengan pihak pengurusan kolej kediaman dan politeknik di samping mematuhi peraturan yang ditetapkan serta pelajar-pelajar yang sentiasa memberi jasa dan mengharumkan nama politeknik.

Selain dari menyediakan tempat untuk penginapan, kolej kediaman juga adalah wadah untuk membentuk dan membangunkan sahsiah pelajar bagi mewujudkan lulusan yang bersifat holistik. Pelbagai program dan aktiviti pelajar dirangka dan dilaksanakan di peringkat kolej dan dikawalselia oleh Ketua Unit Kolej Kediaman dan Penasihat Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK). Bagi membantu pentadbiran kolej dan menjaga kebajikan serta pembangunan pelajar, beberapa Felo telah dilantik. Pelajar boleh menghubungi Felo yang bertugas selepas waktu pejabat untuk bantuan dan nasihat berkaitan dengan aktiviti atau masalah yang mereka hadapi.

Carta Organisasi


Perkhidmatan


Rujukan