Unit Latihan Dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) adalah sebuah unit yang bertanggungjawab dalam mengendalikan latihan bagi peningkatan kemahiran staf akademik dan staf pentadbiran di Politeknik Kota Kinabalu. Bangunan Ini telah dirasmikan pada 26 Mei 2006.

Unit Latihan Dan Pendidikan Lanjutan juga (ULPL) menganjurkan kursus-kursus peningkatan kemahiran yang ditawarkan kepada pihak industri, agensi kerajaan dan individu yang berminat terutamanya dalam bidang-bidang kejuruteraan, perdagangan, dan teknologi maklumat melalui Time Sector Privatistion (TSP).