Unit Multimedia Dan Sumber Merupakan Sebuah Unit Sokongan Akademik di Politeknik Kota Kinabalu yang merupakan salah satu unit yang penting dalam menyediakan peralatan pengajaran dan pembelajaan (PnP). Ia juga memberikan kursus-kurus dan bantuan teknikal menggunakan peralatan PnP kepada tenaga pengajar di Politeknik Kota Kinabalu.

Selain itu, Unit Multimedia Dan Sumber juga menyediakan bilik tayangan untuk kegunaan pelajaran dan pembelajaran yang dilengkapi dengan sistem audio visual untuk memudahkan lagi proses pembelajaran yang dijalankan.

Unit ini juga bertanggung jawab untuk membuat liputan dan penyediaan serta bantuan teknikal audio visual majlis-majlis penting di  Politeknik Kota Kinabalu seperti Majlis Konvokesyen, Sambutan Majlis Kemerdekaan dan sebagainya.