Unit Pembangunan Dan Penyenggaraan (UPP) merupakan salah satu unit sokongan akademik di dalam Politeknik Kota Kinabalu. Unit ini bertanggungjawab dalam menguruskan dan menyenggara keseluruhan fasiliti di Politeknik Kota Kinabalu. UPP memainkan peranan yang penting bagi memastikan setiap peralatan dan fasiliti berada dalam tahap yang baik dan digunakan ke tahap optimum didalam menampung keperluan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran.

UPP bertanggungjawab dalam merangka dan merancang setiap kerja – kerja pembangunan dan penyenggaraan kemudahan infrastruktur dan juga aset supaya sentiasa memberi khidmat dan pulangan yang memuaskan kepada pengguna.

Penyenggaraan yang tidak memuaskan akan mendatangkan kesan yang kurang baik terhadap segala kemudahan dan aset yang disediakan. Dalam usaha untuk menghasilkan penyenggaraan yang berkesan, satu pendekatan yang lebih konprehensif harus dilaksanakan. Oleh yang demikian segala rungutan dan aduan yang berkaitan dengan kerosakan infrastruktur dan aset perlu diberi tindakan segera dan menjamin segala aktiviti yang akan dilaksanakan tidak terganggu.