PENGENALAN

Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) Politeknik Kota Kinabalu (PKK) merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara profesional kepada semua pelajar dan staf PKK. Unit ini juga bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program-program pembangunan modal insan berlandaskan pendekatan psikologi yang merangkumi aspek pencegahan, pembangunan dan pemulihan. Perkhidmatan yang disediakan oleh unit ini adalah sejajar dengan usaha mewujudkan suasana harmoni dan seimbang secara holistik dalam kalangan warga PKK. Peranan unit ini amat penting dalam membantu PKK mencapai matlamat ke arah ‘PKK Unggul’ pada masa hadapan.

 

PERKHIDMATAN KAMI:

  • Menjalankan sesi kaunseling individu dan kelompok serta sesi bimbingan untuk membantu individu memulihkan kefungsian diri dan keluarganya
  • Menjalankan ujian-ujian psikologi (bidang psikologi, personaliti, minat dan kerjaya)
  • Merancang, mengurus dan menjalankan program-program pencegahan, pembangunan dan pemulihan dalam bidang psikologi, kemahiran sosial, akademik dan kerjaya
  • Menyampaikan ceramah yang berkaitan dengan bidang psikologi, kemahiran sosial, akademik dan kerjaya

 

CARA MENDAPATKAN PERKHIDMATAN KAMI:

Datang terus ke pejabat Unit Pengurusan Psikologi atau membuat janji temu bersama Pegawai Psikologi / Kaunselor melalui Sistem i-Kaunselor dalam SPMP, telefon, emel dan borang temujanji. Maklumat Pegawai Psikologi / Kaunselor boleh diperolehi dari ‘Direktori Staf-Unit Sokongan Akademik-Unit Pengurusan Psikologi’ di laman sesawang rasmi PKK www.polikk.edu.my

 

CONTOH KES:

Sekiranya anda mengalami situasi-situasi berikut, anda digalakkan berjumpa Pegawai Psikologi / Kaunselor untuk dibantu:

  • Tekanan perasaan
  • Masalah akademik
  • Masalah perhubungan / Konflik antara rakan sekelas/rakan setugas
  • Kurang keyakinan diri
  • Kurang motivasi
  • Masalah keluarga
  • Masalah kewangan
  • Keliru dan sukar membuat keputusan
  • Kebimbangan / kecelaruan melampau
  • Kemurungan
  • Rasa ingin bunuh diri
  • Ingin berhenti merokok / berhenti dari lain-lain ketagihan negatif
  • Ingin mengetahui hala tuju kerjaya / bidang pengajian
  • Ingin mengetahui minat kerjaya dan mengenali personaliti
  • Dan lain-lain lagi

 

SALAH TANGGAPAN MENGENAI KAUNSELING:

             Kaunseling adalah nasihat semata-mata.

             Kaunselor yang menyelesaikan masalah.

             Kaunseling hanya untuk orang yang bermasalah sahaja.

             Kaunseling adalah berbual-bual kosong sahaja.

             Kita akan di “psiko” apabila berjumpa kaunselor.

             Apabila dah tak terkawal barulah jumpa kaunselor.