INFO
Unit Jaminan Kualiti ditubuhkan di Politeknik Kota Kinabalu (PKK) dalam usaha meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan khususnya proses teras iaitu Pengajaran dan Pembelajaran. Unit ini telah beroperasi mulai tahun 2007 dan secara aktif bergerak untuk melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti berlandaskan keperluan MS ISO 9001:2008.

Pada tahun 2017, PKK telah menaik taraf ISO 9001 sedia ada ke versi ISO 9001:2015.

Seiring dengan pelbagai kriteria kecemerlangan semasa bagi sesebuah institusi pengajian tinggi, selain ISO pelbagai skop diurus selia oleh Unit Jaminan Kualiti seperti Akreditasi Program Pengajian, KPI PolyPMO Politeknik, Sistem Penarafan dan Ekosistrem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

Mengikut struktur organisasi PKK, Unit Jaminan Kualiti diletakkan di bawah sayap akademik yang diterajui oleh Timbalan Pengarah Akademik.