Sejarah PKK

Politeknik Kota Kinabalu telah mula beroperasi sejak 1 Mac 1996. Bermula dengan kampus sementara di Sekolah Menengah Teknik Likas untuk Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Awam, Pentadbiran, Perpustakaan, Hal Ehwal Pelajar dan sewaan bangunan Lot Komersial Inanam untuk menempatkan Jabatan Perdagangan dan Jabatan Kejuruteraan mekanikal, Unit Peperiksaan dan Unit Latihan Industri. Pengambilan sulung pelajar PKK Sabah bermula pada sesi 1996/97 yang dilaksanakan pada bulan Jun 1996 di mana seramai 83 orang pelajar memulakan pengajian mereka. Kampus tetap Politeknik Kota Kinabalu (PKK) telah siap dibina pada tahun 2003, terletak di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) di Jalan Politeknik. Politeknik Kota Kinabalu secara rasminya berpindah ke kampus tetap pada 1 September 2003.

Di antara jabatan yang diwujudkan di Politeknik Kota Kinabalu ialah Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Perdagangan dan Jabatan Hospitaliti. 2 jabatan sokongan telah ditubuhkan iaitu Jabatan Pengajian Am dan Jabatan Matematik, Sains & Komputer.

Selain dari jabatan akademik PKK turut mengandungi Bahagian Pentadbiran, Unit Hal ehwal Pelajar,Unit Hal Ehwal Pelajar Antarabangsa, Unit Peperiksaan, Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan, Unit Multimedia dan Sumber, Unit Pembangunan dan Senggaraan, Unit Kualiti, Unit Kaunseling dan kerjaya, Unit Sukan & Ko Kurikulum, Unit Perhubungan & Latihan Industri, Unit ICT, Unit Komunikasi Korporat, Perpustakaan, Asrama, Unit Penyelidikan dan Inovasi dan Komersialan, Unit Pengurusan Aset dan Stor, Unit Keusahawanan.