Perutusan Pengarah

img-20170706-wa0019

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera, Salam Negaraku Sehati Sejiwa dan

Salam PKK Unggul

 

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana melayari Portal Rasmi Politeknik Kota Kinabalu (PKK), Sabah. Portal ini disediakan sebagai salah satu medium perhubungan di antara anda dengan PKK.

 

Sepintas lalu mengenai Politeknik Kota Kinabalu, ianya merupakan politeknik yang ke-7 di dalam senarai carta politeknik, di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. PKK mula beroperasi pada 1 Mac 1996 di Sekolah Menengah Vokasional Likas, dan di bangunan sewaan untuk kampus cawangan Inanam pada tahun 1999. PKK telah berpindah ke kampus tetap di kawasan Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), Sepanggar pada 1 September 2003.

 

Mencapai usia 21 tahun sejak ditubuhkan, PKK tetap padu dan terus maju memegang amanah sebagai pelaksana melahirkan graduan yang berkualiti tinggi dan holistik dari pelbagai segi terutamanya akademik dan ko-kurikulum. Segala kejayaan yang diperoleh sepanjang tempoh tersebut , membekalkan semangat di hati setiap anggota PKK untuk tekad memastikan visi untuk terus menjadikan PKK institusi TVET yang unggul di peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada tahun 2020, adalah tercapai.

 

PKK sentiasa komited dan bersedia memberi perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti, selari dengan hasrat untuk membina persekitaran pembelajaran TVET yang inovatif dan kreatif. Kepada semua pelayar internet, saya amat mengalu-alukan perkongsian maklumat yang boleh membantu mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kami di PKK untuk manfaat kita bersama.

 

Akhir kata, saya berdoa agar setiap warga PKK bersatupadu dalam memberi perkhidmatan yang terbaik agar kecemerlangan PKK terus dapat direncanakan dengan lebih sempurna untuk masa depan yang lebih gemilang.

 

Sekian, terima kasih.

 

#SoaringUpwards

#PKKUnggul2020