Majlis Perwakilan Pelajar

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar adalah satu Perwakilan yang dilantik oleh Kementerian Pendidkan Malaysia dan cara perlantikan Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar adalah melalui Pilihanraya Kampus. Masa perkhidmatan untuk setiap ahli adalah selama setahun. Pelbagai aktiviti dijalankan yang melibatkan penglibatan peserta,pihak pengurusan Politeknik mahupun organisasi luar.

Seksyen 7 Bahagian III, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, Akta 174 memperuntukkan bahawa sesuatu institusi hendaklah mempunyai suatu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang diwakili oleh sebahagian pelajar yang ditentukan oleh Ketua Eksekutif.