ALUMNI

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
logo alumni

Puan Khairunnisa Islami Binti Ambotola
Pegawai Alumni

088-401800 ext 232
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Delbert Malusin
Pengerusi Persatuan Alumni Politeknik Kota Kinabalu
088-401921 ext 621 
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web: http://www.alumnipkk.com.my

Pengenalan

Persatuan Alumni Politeknik Kota Kinabalu atau dikenali sebagai Alumni PKK ini telah ditubuhkan pada 01hb September 2007 di Hotel Promenande, Kota Kinabalu, Sabah. Persatuan ini merupakan persatuan bekas-bekas pelajar Politeknik dan telah mendaftar di Pendaftar Pertubuhan yang mematuhi Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984. Penubuhan persatuan ini telah dirasmikan oleh En. Azizi Bin Lin selaku Pengarah Politeknik Kota Kinabalu pada masa itu.

Matlamat / Misi

1)  Menjaga kebajikan ahli persatuan
2)  Memupuk perpaduan, intergrasi dan silaturrahim warga alumni Politeknik Kota Kinabalu
3)  Membantu ahli persatuan dalam pembangunan profesionalisme, intelek, kerohanian dan
     sosio-ekonomi.

Peranan

1)  Menyediakan satu platform bagi Alumni untuk menyumbang kepada perkembangan dan
     kemajuan Politeknik Kota Kinabalu.
2)  Menjalinkan kerjasama dengan sektor awam dan pihak industri yang bersesuaian dengan
     matlamat Persatuan
3)  Menyediakan prasarana informasi mengenai kegiatan dan hal ehwal Persatuan
4)  Menganjurkan aktiviti ke arah pembentukan jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang
     seimbang.

Keahlian

1) Terbuka hanya kepada graduan-graduan Politeknik Kota Kinabalu
2) Yuran sebanyak RM50.00 bagi seumur hidup
3) Tiap-tiap permohonan hendaklah menggunakan borang yang disediakan oleh Persatuan sahaja.

Para graduan bermula konvokesyen kali ke 14 adalah menjadi ahli persatuan Alumni PKK semasa majlis konvokesyen berlangsung. Bagi graduan yang telah ditauliahkan pada majlis konvokesyen kali 1 sehingga 13 hendaklah mengunapakai prosedur seperti yang telah dimaklumkan di atas.

Faedah keahlian

1)  Mengikuti segala aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan dari masa ke semasa
2)  Mendapat diskaun RM50.00 bagi yuran pendaftaran semasa mengikuti kursus di Unit
     Latihan dan Pendidikan lanjutan, PKK
3)  Menikamati peluang-peluang kerjaya dan kursus latihan pekerjaan.
4)  Dapat berhubung dengan rakan-rakan lama melalui aktiviti yang dianjurkan oleh
     persatuan.