Carian Direktori Staf

Pengenalan

Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (UTMK) bertanggungjawab dalam melaksanakan penyelenggaraan rangkaian kampus, perkhidmatan servis komputer, pembangunan sistem dan perisian di Politeknik Kota Kinabalu (PKK). UTMK juga bertanggungjawab menyediakan infrastruktur dan kemudahan peralatan teknologi maklumat (IT) yang berkesan untuk digunakan oleh semua warga kampus PKK.

Bagi tujuan pembangunan staf, UTMK memainkan peranan untuk menganjurkan kursus berkaitan bidang IT kepada kakitangan PKK untuk meningkatkan kemahiran sedia ada dan berkongsi teknologi dan ilmu baharu. Matlamat utama unit UTMK adalah untuk memaksimakan penggunaan teknologi dan rangkaian dan perkhidmatan UTMK di dalam kampus PKK.