Carian Direktori Staf

Arahan Pemakaian Pakaian Beruniform

Untuk makluman, bagi memenuhi saranan Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi, Hari Rabu akan dijadikan sebagai Hari Pelaksanaan Kokurikulum dengan Pemakaian Pakaian Badan Beruniform.

Sehubungan itu,  semua pegawai serta pelajar Politeknik Kota Kinabalu yang mempunyai keanggotaan sah dari mana-mana badan beruniform untuk memakai uniform masing-masing pada hari berkenaan. Arahan ini merupakan satu usaha jabatan dalam menyokong penglibatan seluruh warga Politeknik KPT dalam aktiviti kesukarelawan sempena Tahun Kesukarelawanan Negara 2013.

[Surat Arahan]