Pengenalan
Unit Psikologi dan Kerjaya, Politeknik Kota Kinabalu merupakan sebuah unit yang melaksanakan Program Pembanguan Modal Insan berdasarkan pendekatan Psikologi merangkumi aspek pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi. Unit ini juga memberi Khidmat Kaunseling dan Bimbingan secara profesional supaya proses penyuburan dan perkembangan akademik untuk memastikan matlamat melahirkan tenaga kerja separa profesional yang seimbang dari segi mental, jiwa dan fizikal tercapai
Peranan Unit Psikologi dan Kerjaya
- Membantu individu mengenal diri dan persekitarannya.
- Mengeluarkan potensi diri setiap individu
- Meningkatkan pelbagai kemahiran dan pengetahuan dalam diri individu
- Menyebarkan dan memberikan maklumat berhubung peluang melanjutkan pelajaran
- Mewarwarkan kepada individu berhubung dengan kerjaya
Objektif Unit Psikologi dan Kerjaya
- Membantu dan menolong pelajar supaya mereka dapat menjalani pengajian tanpa sebarang masalah
- Menyediakan maklumat-maklumat tentang teknik dan kaedah pembelajaran
- Mendorong pelajar supaya memberikan tumpuan dalam pembelajaran
- Menolong dan membantu pelajar menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.
- Membendung sebarang aktiviti negatif dikalangan pelajar.
- Membantu pelajar untuk mempelbagaikan kemahiran dalam diri
- Memberikan maklumat berhubung pekerjaan dan kerjaya kepada pelajar
- Memberikan maklumat berhubung dengan peluang melanjutkan pengajian.
|