Khamis, 09 September 2010
Pengenalan

Persatuan PUSPANITA POLITEKNIK KOTA KINABALU adalah merupakan salah satu persatuan yang dianggotai oleh staf   wanita dan isteri-isteri staf  Politeknik Kota Kinabalu di bawah naungan Puspanita Kementerian Pengajian Tinggi.  Ianya mula ditubuhkan pada tahun 2006 di bawah pimpinan Pn. Zuraidah Bt Daud iaitu isteri pengarah Politeknik Kota Kinabalu pada masa itu. Kini Puspanita Politeknik Kota Kinabalu diletakkan di bawah pimpinan Pn. Norizan Bt Suhaimi iaitu isteri pengarah Politeknik Kota Kinabalu, En. Mustafar Kamar Bin Ujang. Penubuhan Puspanita Politeknik Kota Kinabalu adalah berperanan untuk menjaga kebajikan ahli-ahli persatuan dan membantu pembentukan jasmani, emosi, rohani dan intelektual staf wanita dan isteri-isteri staf wanita Politeknik Kota Kinabalu melalui program-program yang dianjurkan.

Misi dan Matlamat 
Puspanita Politeknik Kota Kinabalu meletakkan misi dan matlamat persatuan sejajar dengan tujuan yang dikehendaki oleh Puspanita Kebangsaan Malaysia iaitu :- 

  1. Merapatkan dan menyatupadukan perhubungan muhibah isteri-isteri dan staf wanita Politeknik Kota Kinabalu
  2. Menggalakkan perkembangan pengetahuan kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli persatuan menerusi program-program yang dilaksanakan.
  3. Menggalak dan melibatkan ahli-ahli dalam aktiviti-aktiviti bagi faedah ahli dan keluarga mereka serta warga Politeknik Kota Kinabalu
  4. Mengadakan program-program untuk memungut derma dan sumbangan bagi aktiviti-aktiviti amal kebajikan ahli-ahli persatuan.
  5. Mengadakan program-program untuk mengeratkan perhubungan dengan lain-lain pertubuhan wanita yang berdaftar demi memupuk semangat persefahaman dan menambahkan pengetahuan melalui rancangan-rancangan pembangunan Politeknik Kota Kinabalu.

Kategori Keahlian
 
Keahlian Puspanita Politeknik Kota Kinabalu adalah terbuka kepada semua staf-staf wanita dan isteri-isteri staf Politeknik Kota Kinabalu. Keahlian persatuan terbahagi kepada dua kategori iaitu ahli biasa dan ahli seumur hidup. 

Yuran 
Setiap permohonan untuk menjadi ahli persatuan hendaklah menggunakan  borang keahlian yang disediakan dan bayaran yuran adalah seperti jadual di bawah :- 

Kategori Penerangan Yuran Pendaftaran Yuran Tahunan
Ahli Seumur Hidup Semua staf  yang berminat untuk menjadi ahli seumur hidup RM 100 -
Ahli Biasa 1 Isteri staf dan dan staf wanita di dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi RM20 RM30
Ahli Biasa 2 Isteri staf dan staf wanita di dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional RM20 RM16
Ahli Biasa 3 Isteri staf dan staf wanita di dalam Kumpulan Sokongan I (V-IX) RM10 RM10
Ahli Biasa 4 Isteri staf dan staf wanita di dalam Kumpulan Sokongan II (X – XI) RM2 RM4
Ahli Biasa 5 Staf wanita daripada PKK yang telah bersara Setengah (1/2) daripada kadar yuran mengikut kategori bersara.

Borang persatuan boleh diperolehi daripada wakil-wakil jabatan dan dihantar kepada Bendahari persatuan untuk diproses pada bila-bila masa. Tawaran keahlian adalah terbuka sepanjang tahun.