Khamis, 09 September 2010
Pengenalan

Setiap Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia adalah bertanggungjawab memberi panduan mengenai pembelajaran, penilaian, pengawalan dan perjalanan peperiksaan. Penganugerahan Sijil dan Diploma kepada pelajar masing-masing adalah tertakluk kepada kelulusan dan pengesahan Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik setelah pelajar lulus semua peperiksaan serta memenuhi semua kehendak kursus. Bagi sesebuah politeknik, Unit Peperiksaan adalah unit yang dipertanggungjawabkan untuk merancang, mengurus dan melaksanakan segala aktiviti yang berkaitan dengan penilaian pelajar berpandukan kepada garis panduan dan peraturan penilaian yang telah ditetapkan.

Unit Peperiksaan diketuai oleh seorang Pegawai Peperiksaan yang dilantik oleh Bahagian Pengurusan Politeknik, Jabatan Pendidikan Teknikal dan dibantu oleh beberapa penyelaras yang dilantik dari setiap Jabatan Akademik. Segala urusan yang berkaitan dengan penilaian dan juga peperiksaan pelajar diselaraskan oleh unit ini.