Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) merupakan salah sebuah jabatan utama di Politeknik Kota Kinabalu. Jabatan ini mempunyai objektif tersendiri yang selaras dengan visi dan misi Jabatan Pengajian Politeknik. Objektif utamanya ialah melahirkan graduat yang berilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi, berpandangan jauh dan mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai tenaga mahir bersesuaian dengan dunia global pada masa kini dan akan datang. Pelbagai usaha dilaksanakan untuk mencapai objektif ini. Salah satu usahanya ialah menyediakan peralatan dan teknologi canggih kepada pelajar-pelajar bagi mewujudkan suasana yang transformatif dan kreatif semasa sesi pembelajaran secara teori mahupun praktikal.
Sasaran Dan Objektif Jabatan
Aspek yang perlu diketengahkan bagi setiap jabatan ialah sasaran jabatan pada masa akan datang. Oleh itu, sasaran yang dikemukakan Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) ialah lebih ramai insan yang inovatif dan kreatif dapat dilahirkan melalui usaha serta kerja keras jabatan ini bagi memenuhi keperluan tenaga kerja global sejajar dengan visi dan misi Jabatan Pengajian Politeknik. Selain itu, dapat mewujudkan masyarakat yang berani menyuarakan pendapat dan berdaya saing untuk membolehkan Malaysia setaraf dengan negara-negara maju pada masa hadapan.
Tempoh Pengajian
Peringkat Sijil ( 2 tahun / 4 semester )
Peringkat Diploma ( 3 tahun / 6 semester )
Kursus-Kursus Yang Ditawarkan Di JKE
Sijil Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik (SKE)
Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET)
Diploma Kejuruteraan Elektronik (DKE)
Diploma Kejuruteraan Elektronik – Komunikasi(DEP)
Peluang Kerjaya
Program-program yang ditawarkan oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik ialah melahirkan tenaga pekerja yang mahir dan professional dalam sektor awam dan swasta.
Sijil Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik (SKE) 1. Juruteknik Pembuatan Elektronik 2. Juruteknik Penjanaan Elektrik 3. Juruteknik Kawalan Elektronik
Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET) 1. Juruteknik Pembuatan Elektronik 2. Juruteknik Penjanaan Elektrik 3. Juruteknik Industri Petroleum dan Gas 4. Juruteknik Industri Perkhidmatan Elektrik
Diploma Kejuruteraan Elektronik (DKE) 1. Juruteknik Pembuatan Elektronik 2. Juruteknik Penjanaan Elektrik 3. Juruteknik Kawalan Elektronik
Diploma Kejuruteraan Elektronik-Komputer (DTK) 1. Juruteknik Perkhidmatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi 2. Pengaturcara Komputer 3. Juruteknik Komputer & Rangkaian 4. Pembantu Analisa Sistem 5. Pembantu Jurutera Sistem maklumat
Diploma Kejuruteraan Elektrik-Komunikasi (DEP) 1. Juruteknik Perkhidmatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi 2. Juruteknik Komunikasi & Rangkaian
Program-program yang ditawarkan oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik ialah melahirkan tenaga pekerja yang mahir dan professional dalam sektor awam dan swasta.