Khamis, 09 September 2010
1. PENGENALAN DAN PERANAN KELAB
Kelab Rekreasi dan Kebajikan Staf PKK atau lebih dikenali sebagai ’Kelab Staf’ adalah sebuah kelab yang berdaftar di ROS dimana ianya ditubuhkan pada awal tahun 2005. Antara peranan utama penubuhan Kelab ini adalah bagi mewujudkan aktiviti - aktiviti yang mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli, selain itu berikut antara peranan Kelab Staf:-
i) Mencungkil bakat baru dalam aktiviti sukan atau kebajikan ii) Menggalakkan ahli supaya aktif, hormat-menghormati, berdisiplin dan berdikari iii) Mendorong ahli memberi khidmat berkualiti dan bertanggungjawab iv) Menjalankan aktiviti sosial yang memanfaatkan semua ahli v) Menjalankan kutipan derma/menerima-memberi sumbangan bagi mencapai tujuan/matlamat Kelab Rekreasi Dan Kebajikan Staf vi) Menjalankan aktiviti ekonomi yang sah atas nama pertubuhan dengan kebenaran
2. PRINSIP KELAB
Kelab Staf mempunyai prinsip yang menjadi amalan kelab iaitu;-
i) Keahlian diterbuka kepada semua staf PKK ii) Setiap ahli terikat dengan Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil Pertubuhan iii) Pilihan AJK secara demokratik melalui Mesyuarat Agung iv) Ahli komited secara sukarela melaksanakan aktiviti v) Aktivit berunsur pendidikan, latihan dan sebaran maklumat dan vi) menguntungkan ahli, kelab dan organisasi vii) Bekerjasama dalam menjayakan setiap aktiviti viii)Kelab bekerjasama dengan badan lain secara menang-menang ix) Prihatin terhadap keperluan sosial ahli
|