Jabatan Kejuruteraan Awam menawarkan pelbagai kursus di peringkat sijil dan juga di peringkat diploma.
Kurikulum kursus-kursus di Jabatan Kejuruteraan Awam direkabentuk untuk melatih para pelajar menjadi juruteknik profesional di samping menyediakan mereka dengan asas-asas pengetahuan dan kemahiran yang kukuh untuk membolehkan graduan melanjutkan pendidikan di peringkat yang lebih tinggi.
Program pengajian yang dijalankan menggabungkan aspek-aspek teoritikal dan praktikal dalam subjek-subjek kejuruteraan yang di tawarkan. Selain latihan-latihan amali di makmal dan bengkel di kampus, para pelajar diwajibkan menjalani latihan Industri di syarikat-syarikat swasta atau jabatan-jabatan kerajaan selama satu semester bagi membolehkan mereka menimba pengetahuan dan kemahiran dalam suasana sebenar alam pekerjaan yang tidak mungkin dapat diperolehi dalam bilik-bilik kuliah. Para pelajar juga dikehendaki melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum. Dalam Semester 1, semua pelajar dimestikan menyertai Polibriged sementara dalam Semester 2 mereka dikehendaki melibatkan diri dalam persatuan, kelab atau pasukan beruniform yang wujud di Politeknik.
|