|

|
ASSALAMUALAIKUM WARAMATULLAHI WABARAKATUH & SALAM SEJAHTERA. Selamat datang ke Laman Web Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.
Politeknik Kota Kinabalu (PKK) adalah politeknik ke-7 ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Atas faktor perubahan semasa kini, bernaung di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Jarak dengan Bandaraya Kota Kinabalu lebih kurang 24 kilometer dan mudah dihubungi. Sejarah awal operasi politeknik yang berada lebih kurang 24 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu ini ialah di Sekolah Menengah Teknik, Likas pada pertengahan tahun 1996. Selepas itu berpindah di sebuah bangunan komersial sewaan di Pekan Inanam, pada tahun 1999. Kini, PKK beroperasi sepenuhnya di kampus tetap yang terletak di kawasan strategik iaitu Kawasan Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), mulai 1 September 2003. Kampus yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas pembelajaran ini, boleh menampung seramai 5,000 orang pelajar pada satu-satu masa.
|
|
PKK kini beroperasi setanding dengan politeknik-politeknik KPTM yang lain dengan tujuan merealisasikan wawasan negara iaitu untuk melahirkan lebih ramai lagi tenaga kerja separa profesional. Hal ini adalah selaras malah termaktub dalam kenyataan misi politeknik-politeknik KPTM itu sendiri. Dari mula politeknik ini ditubuhkan, usaha dan tumpuan telah diberikan terhadap segala perkara berkaitan pengurusan, terutama sekali dalam kegiatan utama iaitu proses pengajaran dan pembelajaran supaya berada pada tahap tertinggi. Atas semangat dan usaha gigih ini, PKK akhirnya berjaya menerima Persijilan MS ISO : 9001 : 2000
|
|