Jabatan Pengajian Am merupakan satu jabatan sokongan kepada jabatan-jabatan induk iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Hospitaliti dan Jabatan Perdagangan. Jabatan ini tidak menawarkan sebarang program tetapi melibatkan diri dari segi pembelajaran dan pengajaran Kursus Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Tamadun Islam, Pendidikan Moral dan yang terbaru ialah Bahasa Melayu.
Unit Bahasa Inggeris melengkapkankan para pelajar dengan " English For Specific Purpose - Technical & Commerce" sebagai persediaan kepada pelajar untuk menempuh alam perkerjaan setelah menamatkan pengajian.
Unit Pendidkan Islam, Moral dan Tamadun Islam pula memberi penekanan terhadap pembinaan sahsiah diri para pelajar sama ada ketika berada di politeknik atau di luar politeknik. Unit ini juga memupuk nilai-nilai murni di kalangan pelajar untuk diamalkan semasa berada di alam perkerjaan nanti.
|