Isnin, 06 September 2010
Logo & Cokmar
| Cetak |

Logo Politeknik Kota Kinabalu

logo
  • Lakaran logo Politeknik Kota Kinabalu yang berbentuk 3 dimensi melambangkan PKK sebagai sebuah institusi yang berteraskan teknologi.
  • Imej 3 dimensi sabit berwarna merah melambangkan keseimbangan antara pembangunan kerohanian dan teknologi seiring dengan falsafah pendidikan kebangsaan.


logo_s
  • Huruf 'S' berbentuk 3 dimensi merujuk kepada kedudukan Politeknik Kota Kinabalu sebagai pemangkin kepada pembangunan teknologi di negeri Sabah.
logo_bujur
  • Bentuk bujur telur melambangkan impian PKK untuk melahirkan dan mendidik graduan masa depan yang berkaliber tinggi.
logo_ps
  • Imej huruf 'P' (kombinasi di antara huruf 'S' dan sabit berwarna merah) merujuk kepada POLITEKNIK KOTA KINABALU.

logo_1

  • No. 1 melambangkan PKK sebagai Politeknik pertama di Sabah dan juga melambangkan impian PKK ke arah mencapai kecemerlangan

Cokmar Politeknik Kota Kinabalu

Konsep
Cokmar berbentuk tongkat yang diperbuat daripada perak dan disadurkan dengan emas mempunyai rekabentuk yang melambangkan kecergasan dan kedinamikan dl=alam merialisasikan visi dan misi aktiviti-aktiviti Politeknik Kota Kinabalu.

Rasional
Cokmar Politeknik Kota Kinabalu terdiri daripada empat bahagian:

Bahagian Pertama
Kepala Cokmar berbentuk glob mengandungi cetakan Bunga Rafflesia. Jata Kerajaan Persekutuan dan Jata Kerajaan Negeri Sabah. Ini melambangkan Politeknik Kota Kinabalu adalah di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan terletak di dalam negeri Sabah, yang tertakluk kepada arahan dan kuasa Kerajaan Persekutuan dengan sokongan Kerajaan Negeri.

Bahagian Kedua
Ukiran pokok menjalar sebanyak tujuh alur yang melambangkan Politeknik Kota Kinabalu adalah yang ketujuh dibina oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (kini di bawah pengurusan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia). Warna emas pada ukiran pokok menjalar tersebut melambangkan hasrat Politeknik Kota Kinabalu untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan dan kokurikulum.

Bahagian Ketiga
Pada bahagian tengah glob diukir "POLITEKNIK KOTA KINABALU" dengan tujuh gelang yang terdapat pada badan cokmar melambangkan tujuh jabatan yang terdapat di Politeknik Kota Kinabalu iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Perdagangan, Jabatan Hospatiliti, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer dan Jabatan Pengajian Am.

Bahagian Keempat
Pada badan dan kaki cokmar terdapat ukiran lilitan pokok dedaun sebagai lambang kesatuan jabatan dan unit di Politeknik Kota Kinabalu dalam mencapai visi dan misi politeknik.