Khamis, 09 September 2010
Perpustakaan merupakan gedung ilmu bagi semua warga PKK. Selaras dengan visi Politeknik, iaitu untuk menjadikan PKK sebagai Pusat Kecemerlangan dalam melahirkan tenaga kerja di dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan.
MISI perpustakaan PKK adalah menyokong pembelajaran dan pengajaran serta memenuhi keperluan maklumat warga Politeknik. Memberi bantuan dan perkhidmatan yang memuaskan kepada pengguna. Meningkatkan penggunaan bahan-bahan perpustakaan sebagai sumber maklumat. Menyertai proses pendidikan secara aktif.
Perpustakaan Politeknik mempunyai 5500 volumes buku dan jumlah ini akan meningkat lagi apabila PKK dinaiktarafkan melalui bantuan Skim Bantuan Bank Dunia. Perpustakaan dianggarkan mempunyai jumlah koleksi bahan yang lebih banyak, ruang lantai yang lebih luas dan pelbagai perkhidmatan akan diwujudkan bagi menampung kehendak pelajar dan penguna perpustakaan yang bertambah setiap tahun.

|