Isnin, 06 September 2010
Aplikasi HRMIS
Isnin, 26 Julai 2010 16:38   

PENGUMUMAN KEPADA SEMUA KAKITANGAN PKK

APLIKASI HRMIS AKAN DIGUNAKAN SEPENUHNYA UNTUK KEMASKINI DATA PERIBADI STAF, SEMAK PROFIL PERKHIDMATAN DAN PERMOHONAN CUTI BERMULA PADA BULAN OGOS 2010. KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN MANUAL PENGGUNA HRMIS.

BERIKUT MERUPAKAN BEBERAPA INFO RINGKAS UNTUK PENGETAHUAN BERSAMA. MAKLUMAT LANJUT BOLEH DIDAPATI MELALUI PORTAL RASMI HRMIS DI URL: http://www.eghrmis.gov.my/

NOTA: SILA GUNAKAN INTERNET EXPLORER DAN PASTIKAN TURN OFF POP-UP BLOCKER

Maklumat Profil Perkhidmatan Dalam HRMIS
Semua pemilik kompetensi dinasihatkan menyemak profil perkhidmatan masing-masing dalam HRMIS bagi memastikan maklumat adalah betul dan kemas kini. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia agensi perlulah dimaklumkan untuk sebarang pengemaskinian, jika ada.

Apakah HRMIS?
•    HRMIS merupakan satu sistem aplikasi yang mencakupi keseluruhan aspek pengurusan sumber manusia bermula dari pelantikan penjawat awam hingga mereka bersara.
•    HRMIS adalah satu pendekatan baru pengurusan sumber manusia yang komprehensif dan bersepadu bagi mengatasi pelbagai halangan pengurusan dalam sektor awam.
•    HRMIS telah dibangunkan dan kini sedang dilaksanakan oleh seluruh Perkhidmatan Awam Malaysia secara berperingkat. HRMIS akan menjadi sistem tunggal pengurusan sumber manusia sektor awam.

Fasa Pembangunan HRMIS
•    Pembangunan HRMIS bermula dengan fasa kajian Business Improvement Process (BIP) selama 17 bulan (April 1999 hingga September 2000).
•    Ini diikuti dengan pembangunan sistem HRMIS (hingga September 2004) yang meliputi tiga aspek utama iaitu pembangunan sistem aplikasi, integrasi dan peralihan data.

Fasa Pelaksanaan HRMIS
•    Fasa Pelaksanaan HRMIS di semua agensi sektor awam bermula tahun 2005. Ia dikuatkuasakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2005 bertarikh 8 Jun 2005.
•    Pelaksanaan HRMIS adalah secara berperingkat, bermula dengan penyediaan data asas perjawatan, pengisian dan sandangan semua agensi di seluruh negara, tidak termasuk Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.
•    Pelaksanaan berikutnya adalah pengemaskinian data Rekod Peribadi dan Profil Perkhidmatan,  diikuti dengan modul dan submodul lain secara berperingkat.

Mengapa HRMIS Amat Diperlukan
Sebelum Kerajaan membuat keputusan untuk membangunkan HRMIS, banyak kajian telah dilakukan bagi mengenal pasti amalan terbaik dan penggunaan ICT sebagai enabler bagi menambah baik pengurusan sumber manusia sektor awam. Pelaksanaan HRMIS telah mengambil kira:
•    Penggunaan Teknologi Secara Optimum
•    Pemantauan Berterusan Terhadap Dasar Pengurusan Sumber Manusia
•    Perkongsian Maklumat Dalam Dan Antara Agensi
•    Prestasi Anggota Perkhidmatan Awam

HRMIS Sentiasa Relevan
•    HRMIS dibangunkan berdasarkan polisi pengurusan sumber manusia yang berkuat kuasa bagi penjawat awam di bawah skim gaji Jawatankuasa Kabinet, Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia.
•    Penambahbaikan aplikasi HRMIS dilakukan secara berterusan dari semasa ke semasa supaya selaras dengan perubahan polisi pengurusan sumber manusia.
•    Sumber penambahbaikan adalah pekeliling, surat pekeliling dan surat edaran; permintaan daripada pemilik proses iaitu bahagian di JPA yang bertanggungjawab terhadap sesuatu polisi pengurusan sumber manusia, dan aduan daripada pengguna melalui Meja Bantuan HRMIS.