Isnin, 06 September 2010
Pengenalan
PENGENALAN TERHADAP ISO 9000
ISO merupakan singkatan bagi International Organization for Standardization. Penwujudan standard ISO 9000 adalah untuk memastikan produk dan perkhidmatan yang dihasilkan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

SEBAB-SEBAB PKK MELAKSANAKAN ISO 9000
i.  Menggalakkan pendekatan kualiti yang universal
ii.  Menggalakkan pematuhan kepada kualiti
iii. Mengukuhkan disiplin diri
iv. Meningkatkan kecekapan dan  keberkesanan kerja
v.  Menggalakkan penilaian diri
vi. Memastikan konsistensi
vii. Memperkukuhkan sistem kawalan dalaman 

PELAKSANAN ISO 9001:2000 DI POLITEKNIK KOTA KINABALU

a.  Skop Pendaftaran
     Pemberian Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di peringkat sijil dan diploma dalam bidang kejuruteraan,
     perdagangan dan hospitaliti.

b.  Visi
     "Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan hospitaliti serta
     berazam melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan tanggungjawab selari dengan
     Falsafah Pendidikan Negara".
 
c.  Misi
    "Menghasilkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti bagi menampung keperluan sektor awam
     dan swasta di Malaysia."