Isnin, 06 September 2010
Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PKK

Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Politeknik Kota Kinabalu

 

Sejajar dengan peruntukan Seksyen 16, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994(Akta 514), maka dengan ini dinyatakan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Politeknik Kota Kinabalu, iaitu:

  1. Mewujudkan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berterusan dan teratur selaras dengan kehendak undang-undang negara
  2. Mewujudkan kawasan dan suasana kerja yang selamat, sihat dan sejahtera serta peralatan-peralatan keselamatan yang sesuai dan mencukupi supaya tidak menimbulkan bencana keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
  3. Menyediakan maklumat, petunjuk dan latihan bagi memupuk staf mendisiplinkan diri supaya mereka dapat mengamalkan tahap keselamatan yang tinggi dalam sebarang pekerjaan
  4. Melatih staf supaya mereka boleh dijadikan teladan kepada pelajar-pelajar dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan
  5. Memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada pelajar-pelajar supaya mereka dapat menerima dan mengamalkan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang baik sebagai amalan biasa apabila mereka tamat belajar dan meninggalkan politeknik serta berdepan dengan masyarakat dan alam pekerjaan.

Kerjasama dan komitmen daripada semua pihak dan individu amat diharapkan agar/supaya menjayakan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan seperti di atas.

Terima Kasih.