| Selamat Menimang Cahaya Mata |
| Tahniah dan selamat menimang cahaya mata yang kedua (baby girl) kepada Syahlan Bin Abd Halim (staf JKE) dan isterinya. |
|
|
KAJIAN PENGESANAN GRADUAT POLITEKNIK KOTA KINABALU 2010
Tahniah di atas kejayaan anda. Sebagai satu usaha berterusan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberi oleh Politeknik Kota Kinabalu dan memajukan lagi sistem pendidikan negara amnya, kami sangat memerlukan sokongan, pandangan dan maklumbalas yang berharga dari anda. Maklumat yang diberikan akan digunakan untuk membantu institusi anda merancang program yang lebih baik di masa akan datang.
Oleh itu, semua graduat diwajibkan mengisi borang soal selidik seperti arahan dibawah. Sila isi setepat yang mungkin. Sokongan anda sangat dihargai. Sistem akan dibuka ( secara on-line) bermula 15 Mac 2010 sehingga 26 April 2010 dan anda diminta log masuk pada tarikh-tarikh ini.
ARAHAN
- Pada ruangan Panduan Graduan, klik LOG MASUK.
- Setelah klik LOG MASUK, anda akan lihat paparan seperti di bawah.
- Sila isikan maklumat diatas dan klik seterusnya.
- Lengkapkan maklumat yang terdapat dalam ruangan yang terdapat pada paparan.
- Sila cetak slip seperti contoh di bawah setelah selesai mengisi maklumat.
TERIMA KASIH
Terima kasih di atas kerjasama anda melengkapkan kajiselidik ini dan membantu menjayakan Kajian Pengesanan Graduat 2010. Sila serahkan slip seperti contoh diatas pada Hari Konvokesyen semasa mengambil skrol diploma/sijil anda. Sekiranya anda tidak dapat hadir Hari Konvokesyen, sila poskan slip seperti contoh diatas ke alamat seperti berikut:
Puan Ernie Bt Kulian @ Abd. Karim
(Unit Tracer Study) Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Tel:088-401919
|
|
| PENGENALAN KAJIAN PENGESANAN GRADUAN |
|
Kajian Pengesanan Graduan merupakan satu kajian tahunan untuk mengesan destinasi pertama graduan selepas menduduki peperiksaan di tahun akhir sehingga tarikh menghadiri majlis konvokesyen, iaitu lazimnya dalam lingkungan tiga hingga enam bulan. Objektif kajian adalah meninjau tahap employability dan marketability graduan, mendapat pandangan dan persepsi graduan terhadap program akademik, sistem pengajian dan kemudahan prasarana di IPT masing-masing serta mewujudkan pangkalan data graduan-graduan IPT. Skop kajian ini melibatkan pelajar tahun akhir yang telah menamatkan pengajian di Politeknik Kota Kinabalu.
|
|
|
|
|
|