Articles

Jabatan Kejuruteraan Awam

JKA menawarkan tiga program yang utama iaitu:
i)  Diploma Kejuruteraan Awam (DKA) 
ii)  Diploma Ukur Bahan (DUB)
iii) Diploma Teknologi Berasaskan Kayu (DBK)

Brosur Program : 1 | 2

Pendekatan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah berorientasikan sistem
Outcome Base Education(OBE) iaitu pembelajaran berpusatkan kepada pelajar dan menitikberatkan dapatan daripada hasil pembelajaran dan bukan sekadar objektif pengajaran semata-mata. Antara contoh pendekatan tersebut adalah seperti sesi soal jawab, demontrasi, kerja berkumpulan, kajian kes dan banyak lagi.

Sehingga Disember 2012, terdapat seramai 55 orang Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam.Terdapat pelbagai kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang disediakan di Jabatan Kejuruteraan Awam seperti Makmal komputer, makmal hidraulik, makmal struktur, studio senibina, bengkel bata, bengkel kayu, bengkel paip, dewan kuliah dan pelbagai kemudahan pembelajaran lain.

Jabatan Kejuruteraan Awam juga mempunyai sistem pengurusan yang tersusun dengan diketuai oleh Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Program, Pensyarah dan Kakitangan Sokongan. Ketua Program mempunyai peranan penting di dalam semua hal yang berkaitan dengan pengurusan akademik bidang program masing-masing. Pengambilan pelajar diadakan setiap semester iaitu setiap 6 bulan sekali. Pengambilan pelajar adalah berdasarkan program dan kapasiti setiap kelas adalah dalam lingkungan 35-45 orang. Pelajar Kejuruteraan Awam akan menamatkan tempoh pengajian dalam masa 3 tahun.