Articles

Pengenalan

Program-program Yang Ditawarkan Di JKE

i)  Diploma Kejuteraan Elektrik dan Elektronik (DEE)

ii)  Diploma Kejuruteraan Elektronik - Komputer (DTK)

iii) Diploma Kejuruteraan Elektronik – Komunikasi (DEP)

KLIK : Buletin JKE

Pendekatan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah berorientasikan sistem OBE iaitu pembelajaran berpusatkan kepada pelajar dan menitikberatkan dapatan daripada hasil pembelajaran dan bukan sekadar objektif pengajaran semata-mata. Antara contoh pendekatan tersebut adalah seperti sesi buzz, kajian kes, sesi soal jawab, demonstrasi, kerja berkumpulan dan banyak lagi.

Pelajar JKE banyak melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Politeknik Kota Kinabalu. Antara aktiviti tersebut ialah pertandingan projek terbaik antara jabatan. Projek-projek yang menggunakan teknologi seperti RFID, PLC dan Arduino seringkali menjadi tumpuan ketika pameran projek tersebut diadakan. JKE juga tidak ketinggalan untuk menghantar pelajar mengikuti pertandingan-pertandingan seperti ROBOCON dan ROBOT FIRA yang diadakan di politeknik-politeknik seluruh Malaysia dan pernah memenangi beberapa pingat yang dipertandingkan dalam pertandingan tersebut.


Pengambilan pelajar diadakan setiap semester iaitu setiap 6 bulan sekali. Untuk JKE, pengambilan pelajar adalah berdasarkan program. Selalunya 2 kelas untuk setiap program dan kapasiti setiap kelas adalah 35-45 orang. Pelajar akan menamatkan pengajian dalam tempoh TIGA (3) tahun.