Articles

Jabatan Perdagangan

Program yang ditawarkan adalah:

1. Diploma Pengurusan Logistik Dan Rangkaian Bekalan (DLS)

2. Diploma Akauntansi (DAT)

3. Diploma Pemasaran (DPR)

4. Pra Diploma Perdagangan 
Brosur Program : 1 | 2

Jabatan Perdagangan, mula beroperasi pada 1 Mac 1996 dengan menyewa bangunan komersial di Inanam. Pada awal operasi, Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota Kinabalu hanya menawarkan program Diploma Akauntasi (DAT), Diploma Pengajian Perniagaan (DPM), dan dua program Sijil iaitu Sijil Penyimpanan Kira (SPK) dan Sijil Pengajian Perniagaan (SPP).


Pada tahun 2003, Jabatan Perdagangan telah berpindah ke kampus tetap Politeknik Kota Kinabalu di kawasan Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), Sepanggar. Program peringkat sijil tidak lagi ditawarkan di Politeknik Kota Kinabalu dan telah di ambil alih oleh Kolej Komuniti. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilaksanakan berdasarkan ‘Outcome Based Education’ (OBE) yang lebih berorentasikan pada pencapaian pelajar dan bahasa pengantara yang digunakan ialah bahasa Inggeris.

Pada masa kini, terdapat seramai 55 orang pensyarah di Jabatan Perdagangan yang komited ke arah meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran graduan Politeknik Kota Kinabalu, khususnya di Jabatan Perdagangan. Aktiviti penilaian prestasi pelajar terdiri daripada 50% penilaian berterusan (PB) dan 50% penilaian akhir (PA). Aktiviti PB berbentuk amali, ujian, kuiz, tugasan, laporan projek, pembentangan, tulisan jurnal dan kajian kes, dirancang secara khusus untuk membantu pelajar mencapai hasil-hasil pembelajaran kursus. Prestasi pelajar juga dinilai ketika menjalani latihan industri pada semester 4 dan penilaian ini dilakukan oleh dua pihak iaitu pihak industri luar dan pensyarah penilai yang telah dilantik. Sepanjang pengajian pelajar, mereka digalakkan terlibat secara aktif dalam aktiviti ko-kurikulum sebagai nilai tambah setelah tamat pengajian kelak.